Thursday, 3 July 2014

GAWPC 2014 Journey Part 01



Catatan GAWPC 2014

Assalamualaikum.


Sharing Is Caring.

   Tergerak hati nak tulis pengalaman ni disebabkan ada yang bertanya dan aku rasa tak ramai yang ada pengalaman begini. Harapan aku supaya perkongsian ini dapat dimaafaatkan pada masa depan bila mana ada di antara rakan2 fotografi yang dapat peluang yang sama atau hampir sama. 
   
   Semasa aku dapat tahu terpilih sebagai finalist, aku terfikir untuk bertanyakan apa2 tips atau panduan, tapi nak tanya sapa? Nama2 besar dalam bidang fotografi di Malaysia??..aku kenai depa..tapi depa x kenai aku kot..hahaha. 

   Satu hal lagi, aku pun tak tau dan tak ambik tau sangat sapa2 yang menang apa2 contest fotografi. Lepas ni kena ambik tau jugak. Ini pun salah satu pengajaran buat aku.

   Segalanya bermula bila aku ternampak post di facebook berkenaan GAWPC. Tanpa berfikir panjang aku terus ja register dan submit gambar. Hanya satu ja gambar aku submit. Ala, saja2 nak cuba nasib. Ada jugak la aku tinjau2 entry org lain. Semuanya hebat2. Lepas submit aku pun buat tak tau ja. Tak excited pun. Hari submit tu pun dah dekat2 nak closing date. Kalau ikut email notification, aku submit gambar tu 13 may 2014. Email notification kata closing ialah pada 14 may 2014. Sehari ja lagi closing rupanya.

   Pada 22 may, aku tergerak hati nak bukak email. Bila bukak jer..aik..ada email dari GAWPC. Bukak macam biasa ja..tadak expect apa2 pun. Bila baca baris pertama 

Dear Mohd Hilmi Bin Sudin,

CONGRATULATIONS!!
It is our pleasure to announce that your photo with title “ Mr. Crab " has been selected as one of the Top 5 in Nature Category

   Jadi blur sat. Terus baca lagi email sampai habis. Dalam hati terfikir “betui ka ni?”. Terus aku pi bukak web GAWPC. Ada top 200 ja tapi takdak pun top 5, tapi gambar aku memang ada dalam list top 200. Baca email berkali2 nak pahamkan sepenuhnya email tu. Isi email yang GAWPC hantar tu memaklumkan aku dipilih sebagai top 5 dan mintak finalist confirmkan sama ada available untuk join foto trip. Dalam email tu jugak bagitau kena confirmkan sebelum jumaat, 23 may.

   Gelabah bewak jugak la. Dok tak percaya lagi. Pastu dok pikiaq kalau betui, kena ambik cuti seminggu ni. Ada ka boss nak bagi. Satgi dah reply kata available, bos plak tak bagi cuti camna?.Pening2. Whatsapp bagitau kat wife, dia pun macam tak percaya jugak. Pagi jumaat tu aku decide untuk reply ja kata available untuk join trip tu. Cuti nanti pikiaq la macam mana nak pujuk boss.

   So, lepas reply email tu aku dapat reply balik email kata;

We're writing to let you know that the group you tried to contact (gawpc-team) may not exist, or you may not have permission to post messages to the group. A few more details on why you weren't able to post..”

   Ciss!! Takkan kena scam kot. Contest macam ni pun ada scam ka?? Aku tak confident, reply lagi sekali email tu..sama jugak..dpt reply mail macam kat atas tu. Ok fine.Nasib baik tak heboh satu dunia lagi. Kalau tak malu weiii..

   Keesokan harinya dapat email dari Steven Prasetya mintak details segala bagai..dan disertakan Finalist Statement..ok confirmed betui..hehehe..so aku pun bgtau dalam family group punya whatsapp. Teruja habag hangggg...


   Lepas tu aku contact Apit pesona untuk tanya beberapa soalan. Mamat ni pun punya la bz macam pak menteri. Susah nak sembang dengan dia.

   The rest aku start bagitau rakan2 terdekat dan memba2 tempat kerja nak cuti seminggu. Dalam pada tu aku tertanya2 sapa la finalist yang lagi 14 org tu. Harap2 ada la org Malaysia kan..gila habaq hang nak pi rodong sorang2 wei. Risau jugak walaupun aku dah biasa travel atas sebab kerja sampai ke Ireland. Pi dua orang, yang membe sorang tu mmg dok harap kat aku saja. Kami 2-2 orang tak pernah keluaq Malaysia dan tak pernah naik kapai terbang.. 1st time ever, elok sangat la kan..hahaha.

   Time tu kalau speaking pun macam tahap budak sekolah rendah ja. Bayangkan nak travel dengan bahasa inggeris yang tak fasih dan tiada pengalaman.Tapi tu dulu laaa..sekarang ni dah ok sikit, bahasa inggeris aku dah tahap macam budak skolah menengah..wakakaka.

So hari isnin baru aku jumpa boss nak mintak cuti
“Boss, i nak cuti seminggu laaa”
“Bila tu, u nak pi mana?”
“Pi indonesia boss”
“Buat apa sana? Hari tu u bukan sudah pi indonesia ka?”
“Hari tu pi jalan2 boss, ni pi tangkap gambar boss”
“Ok..bila tu tarikh??..u ni betui kaa??..pi indon kawin apaa...pi kawen x ajak ni..”
“Tadak la..betui punya pi ambik gambar”
"ok..ok..apply dalam system.."

Alhamdulillah..cuti dah settle. Document semua pun dah settle. Tunggu flight schedule dengan nak prepare barang nak bawak ja...bersambung.




No comments:

Post a Comment