Saturday, 5 July 2014

GAWPC 2014 Journey Part 02



Part 02 – Persediaan.

Passport dan lain2 document.
 
Buat rakan2 yang jarang atau lansung tak pernah travel, banyak jugak urusan nak kena settle. Benda yang paling penting, tentulah passport yang masih VALID. Kalau kurang dari 6 bulan lagi nak mati, kena renew balik la. Kepada yang belum ada passport tu, baik la dahulukan urusan pasport dulu. Mana tau ada yang kena black list sebab tak bayar pinjaman PTPTN sebab ada sorang finalist dari India yang tak dapat datang dek kerana masalah dengan imigresen. “rugi mampuih habag hang

Pihak GAWPC jugak ada mintak snapshot pengenalan diri iaitu kad pengenalan dan jugak snapshot passport berserta Finalist's Statement yang bertandatangan. Kalau passport pun hampa tak dak lagi...kad pengenalan pulak tiba2 hilang..masalah jugak. Aku dah biasa kena kes ni. Masa nak guna baru perasan kad pengenalan tak dak dalam wallet. So, 3 benda ni kena hantar snapshot melalui email.

Note dari Official

Dalam email yang kedua yang aku terima lepas reply “available to travel”, pihak GAWPC ada mintak personal details macam kat atas tu dan beberapa kenyataan yang sangat penting antaranya;

NOTE:
- Please bring your own laptop and camera
- We only provide Flight Tickets and accommodation, meals, transportation at Denpasar (Bali) and  Labuan Bajo (Flores).
- Personal expense* will be bears by you, such as: cigarettes, souvenirs, personal tips, personal medicine,  visa, transit expense, etc.

We had to remind you again. It is a mandatory to keep your status as GAWPC - Finalist as closed and confidential until official announcement in GAWPC website on June 9th, 2014.   

You are FORBIDDEN to announce/share your status to other person in terms of promoting/boosting your GAWPC - Finalist status in any media. 

If you violate this terms, the title will be forfeited and the Garuda Indonesia World Photo Contest 2014 Committee, in its sole discretion, may award the title to another entrant
.

Kalau tak baca betui2 dan over excited, terus bagitau satu dunia, tak pasai2 kena tarik balik kemenangan. 

So, kena buat rilek saja la kan. Tambah plak kalau jumpa rakan photog lain, depa plak bukak topik pasai GAWPC. Macam mana la perasaan hampa masa tu. Aku dah rasa dah. Nak bagitau dengan tak, sama banyak ja..hahaha.. Boleh ja nak bagitau, Cuma pesan kat kawan tu;

diam2 sudah..jangan heboh satu dunia, dalam facebook, dalam TV, dalam blog

So, walaupun dah tau berjaya jadi Finalist, tak boleh nak heboh dalam apa2 media selagi belum ada “official announcement”. 


Flight, Transportation dan Accommondation

Confirmkan tiket penerbangan dan penginapan covered sampai takat mana. Macam kes aku, aku email tanya berkenaan flight, adakah covered dari penang atau dari KL. Email reply cakap covered dari penang.


Bila dapat flight schedule dan tiket, dan jadi lain. Flight dari KLIA. Nampak gaya terpaksa lepak dulu area KL/Selangor. Tapi aku lepas sampai Melaka!!..hahaha.



Ingat kan kot dapat tiket dari penang dan penginapan kat KL. Tapi ni pun kira ok dah. Finalist yang transfer flight di Singapore lagi kesian. Kena overnight kat sana. Kalau aku jadi depa ni, aku dah booked budget hotel dulu. Depa pun ramai, buleh share ja. Kesian jugak kat depa ni, letih kot..jadi gelandangan semalam dekat airport.

Kalau ikut schedule awal, hari sabtu malam tu dah sampai balik KLIA. Tapi bila dapat official tiket..adesss, hari sabtu kena lepak kat Denpasar dalam 5 jam. Apa nak buat tu. Dah la luggage kena check out dulu. Takpa la..apa buleh buat. Layan ja. Airport Ngurah Rai ni tak dak apa sangat yang menarik sebab aku dah besa pi Bali, baru sangat..bulan 11, 2013.

Lepas tu fly pi Jakarta dulu..bukan direct KLIA. Flight balik Malaysia esok pagi. Kena overnight kat airport la gamaknya...huhuhuhhu. Aku pun kena jadi gelandangan airport jugak!!

Satu lagi kena plan siap2 masa untuk transfer airport. Kena tengok betul2 departure time tu pukui brapa dan pastikan sampai kat airport awai. Dan sampai tu baik pi cari departure gate siap2. Jangan dok buat lokleh..jalan ala2 tourist tepi pantai..hahaha. Macam kes aku kat atas tu..dah buleh tau kena jadi gelandangan airport semalam. Dah boleh prepare apa yang patut..hahaha. Satu benda lagi yang penting, pastikan jam hampa dah sync dengan local time..ada cerita pasai benda ni nanti.

Dapatkan nasihat atau tips

Settle bab flight schedule dan travel. Cerita bab barang2 nak bawak ni..Adoi..hat ni lagi serabut. Takkan nak angkut semua kot. Barang camera saja mau dah satu bag..belum masuk baju lagi..laptop..
Jenuh jugak dok pikiaq macam mana. Barang camera pun aku dah pening. Last2 aku tepon lagi sekali Apit pesona mintak tips sikit.

"Tripod nak kena bawak dak?"
"Bawak.."
"Flash kena bawak dak??.."
"Bawak..
"Lense macam mana?"
"Bawak semua mana hat ada.."
"Softbox nak bawak dak??.."
"Jangan dok melampau sangat aih.."

Kalau nak cerita semua apa hat dok sembang tu..mau 10 pages kot..so aku ringkaskan saja point2 perbualan kami.

1. Bawak la segala mak nenek peralatan camera yang ada kecuali benda2 yang besaq. 
Sebab apa kena bawak semua..sebab di sana nanti kita tak tau situasi dia macam mana. Keadaan macam mana kita akan berhadapan. Teknik apa kita akan pakai untuk hasilkan gambar. Apa peralatan kita nak kena guna. Contoh kita nak shoot seascape waktu tengah hari dengan effect air laut macam kabus tu..wajib dah kena ada tripod..filter..shutter remote x wajib..tapi kalau ada akan memudahkan kerja.

2. Akan jumpa macam2 perangai orang..hahahaha..yang ni pun betui..so..hat ni bergantung pada kita la macam mana nak handle. Yang ok..kita buat kawan..yang tak ok pun kita buat kawan, cuma perangai tak ok tu kita ignore sudah la..dah memang sifat dan perangai dia macam tu.

3. Shoot gambar sebanyak mungkin. Jangan terlalu fokus pada nak menghasilkan gambar cantik saja. Gambar cantik kita (kita rasa cantik) belum tentu menang lagi sebab mungkin ada gambar orang lain lebih cantik. Jangan dok sayang sangat shutter speed tu.

Jadi, disamping tugasan untuk menghasilkan gambar2 dari pihak penganjur, kita ambik jugak gambar untuk dokumentasikan perjalanan kita. Gambar2 ni la nanti jadi kenang-kenangan kita esok2. Gambar selfie wajib la mau ada jugak. Hehehe..

Kadang2 kita boleh mintak tolong peserta lain..atau ada peserta lain shoot gambar kita guna camera dia..sebab kita hensem..hahahaha..jangan lupa mintak dia tag kita kat pesbuk..itu pun gambaq kenang-kenangan..mahai kot moment2 tu...

Hat lain2 tu biasa2 saja..sembang2 kutuk org tu..kutuk org ni..hahaha..

bersambung..